Monday, July 23, 2012

Salam Ramadhan....

Kepada semua pembaca blog yang beragama Islam, Selamat menjalani ibadah puasa.... Semoga sabar dalam menjalani ibadah ini. Semoga Allah memberikan kekuatan jiwa dan mengurniakan pengampunan kepada kita semua dalam mencari keberkatan Ramadhan dan keistimewaan Lailatul Qadar.

Dalam kita menjalani ibadah puasa, bagi anda yang masih bersekolah, tentunya anda punyai lebih masa kerana pulang awal - sesi persekolahan tamat lebih awal dari biasa.Maka dengan itu, gunakan masa dengan sebaiknya. Selain mencari keberkatan bulan ini dengan amalan-amalan yang dituntut, gunakan juga masa ini dengan membuat ulangkaji dan menelaah pelajaran.Kerana menuntut ilmu juga satu tuntutan dalam kehidupan seorang Islam. Ia juga dianggap ibadah.... Ambil kesempatan ini untuk membina persiapan manghadapi peperiksaan percubaan SPM atau PMR.

Selamat Berpuasa & Semoga Berjaya dalam peperiksaan akan datang!!!!...............

No comments:

Post a Comment