Wednesday, November 16, 2011

Jawapan modul fokus 8

Gementar, Resah menghadapi Mathematics esok (17.11.2011)?

Salam,
Khusus untuk anak-anak pelajar calon SPM, esok kertas Matematik berlangsung.Sediakan persiapan sepenuhnya, fizikal, mental dan peralatan yang perlu di bawa sama esok.
Di sini saya senaraikan tajuk tumpuan , jangkaan soalan bagi tahun ini.
Sila pertingkatkan kefahaman dan kemahiran bagi tajuk-tajuk berikut
1. Simultaneous inequalities , rajah bergrid
2. Simultaneous equ. - ada pecahan pada salah satu term, guna cara yang sesuai, cdgn: matrices, elimination.
3. Quadratic equ. - ada pecahan, tiiada kurungan
4. Matrices - has no inverse, satu unknown pada inverse.
5. Area/Perimeter circle - tumpu pada unit, cm or cm-square utk formula 2pi*r or pi*r-square
6. Line and plane in 3-d: gunaka kaedah _ _ _, tandakan sudut pada rajah. tambah titik jika perlu
7. Volume of solid - ada melibatkan sama ada cone, cylinder, hemisphere
8. probability, mesti buat listing outcomes
9. graph of function(bhg B) 12Marks - y=a/x, lukis graf dgn cermat. Jgn lupa jwpn untuk persilangan garis lurus dgn lengkung
10. statistics - tumpukan kaedah isi jadual dgn betul, graf: frequency polygon
11. Plan & elevation - tiada libatkan bulatan, tp sediakan jangka lukis....
12. Tranformation : fokus kepada rotation dan enlargement utk soalan (b). luas : guna bil kotak.

Harap bahagian ini dpt bantu anda semua. Jangan putus asa, uasaha sampai jaya.
Saya doakan anda semua dapat menjawab dgn sempurna dan cemerlang.
Salam sayang untuk anda semua..... Semoga Berjaya!!!!

Monday, November 14, 2011

Jawapan Modul Pecutan - Fokus 1,2 & 5


ini contoh jawapan untuk fokus 1. ikut langkah yg pernah dibincangkan
1. pecahan
2. kurungan
3. kumpulkan (ikut kuasa dua)
4. selesaikan ( guna kalkulator)



ini langkah minimum untuk mendapat markah maksimum 4. pastikan ada songsangan yang betul dengan sebutan N(naik/negatifkan) dan T(turun/tukartempat).





untuk rujukan soalan (a) tajuk matriks. soalan (b) untuk simultaneous equation, rujuk cara Fokus 2.

Wednesday, November 2, 2011

Telah Muncul!!! Tips.... Gunakan Kalkulator Casio 570MS Pt1.!!telah muncul!!

Hai... ni tips gunakan kalkulator semasa menjawab soalan matematik. Cubalah berulangkali supaya anda ingat langkah-langkahnya....

Sila download dari pautan berikut
http://www.4shared.com/office/CMAtDYAR/CASIO_SCIENTIFIC_CALCULATOR_fx.html

Thursday, October 27, 2011


Salam....
Untuk anak didikku,
Ingat pesan cikgu,
Buat kerja jangan terburu-buru,
Nanti hasil tak menentu,
Jangan hampakan ibubapamu,
Kelak nanti malang nasibmu,
SPM tentulah pasti menunggu,
Jangan sampai langsung tak tahu,
Mana jalan nak dituju,
Pilih lah yang mana satu,
Agar tak kesal merobek hatimu....
Semoga menjadi yang nombor SATU!!!!

Masa berjuang telah tiba... SPM

Assalamualaikum & salam sejahtera....

Tanggal 14 november begitu menghampiri kita. Pastinya tarikh keramat ini menjadi mimpi ngeri bagi calon SPM yang tidak cukup bersedia, namun ianya menjadi detik pertemuan yang dinanti oleh calon yang telah membuat persiapan sepenuhnya...

Dimulakan dengan Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah dan Matematik, minggu pertama yang pastinya memberi petunjuk kepada semua calon akan bentuk soalan yang diutamakan dalam peperiksaan SPM tahun 2011 ini.

Wahai calon-calon SPM sekalian, teruskan langkahmu, sediakan diri anda dengan selengkapnya. Latihan untuk anda menghadapi peperangan telah guru berikan. Jangan takut, jangan gentar, ingat segala tunjuk ajar dan pedoman yang telah anda dengar. Semoga kejayaan menjadi milik anda yang berusaha.... Amin.....

Thursday, June 2, 2011

Pendekatan Baru sebagai Alat Transformasi

Assalamualaikum w.b.t. & Salam 1 Malaysia,

Para pembaca yang disanjungi,

Perkataan "Transformasi" sering kali kita dengar dalam agenda pelbagai pihak mutakhir ini. Kita sebagai rakyat dan ahli masyarakat sama-sama menerima tempias dari slogan tersebut. Dari sudut pandangan Profesion "guru", ianya harus kita pandang dari sudut positifnya.

Kepada para guru,
anak-anak pelajar masa kini sudah tidak lagi sama seperti anak pelajar semasa era 70-an, 80-an atau 90-an. Mereka kini lebih terdedah dengan perkembangan masa kini yang jauh lebih mencabar yang akhirnya memberi impak kepada masa depan mereka. Guru tidak dapat lari dalam proses menyediakan pelajar yang cukup bersedia ke arah itu, lantas menuntut agar semua guru membuat perubahan yang selari dengan kehendak tersebut tetapi tidak lari dari membentuk sahsiah dan jati diri pelajar-pelajar.

Wahai sekalian rakan yang bergelar GURU,
di sini saya cadangkan satu pendekatan yang sedikit berbeza bagi melaksanakan tugas harian kita sebagai guru. Pembelajaran dan pengajaran berbentuk "tulis dan cakap" sudah tidak 100% sesuai. Ia perlu digabungjalin dengan pendekatan-pendekatan yang baru. Oleh yang demikian, mungkin kaedah berbentuk kuliah dan tutorial dapat diadaptasi sebagai satu pendekatan yang baru. Dalam pendekatan yang dicadangkan, pelajar lebih memainkan peranan disamping guru-guru menjadi fasilitator yang boleh membantu pelajar memahami konsep atau idea yang disampaikan. Ini yang dikatakan bentuk P&P yang terarah. Guru dan pelajar itu sendiri dapat mengetahui aras konsep dan idea yang disampaikan yeng kemudiannya dibincangkan.
Konsep yang digunakan ialah berbentuk "Student Centred" dan "Inkuiri Penemuan".

Ambillah sedikit masa untuk berbincang sesama rakan guru yang sama aliran untuk mendapatkan satu bentuk P&P yang sesuai digunakan dalam sesi yang akan dijalankan. Semoga hasilnya akan lebih bermakna buat mereka(pelajar) dan buat kita(guru-guru). Usahalah dengan ikhlas dan bersuungguh-sungguh. Semoga Tuhan memberikan ganjaran kepada hamba-hambaNya yang ikhlas.....

Sekian, wassalam.....

Sedikit cetusan rasa dan idea....

Wednesday, May 25, 2011

Instruksional & Transformasi Pendidikan di Sekolah

Assalamualaikum w.b.t & Salam 1 Malaysia

Saya menghadiri sesi LDP yang membincangkan fungsi Instruksional dan keberkesanannya dalam Budaya Kerja di sekolah.
Sesungguhnya saya teruja dengan apa yang dibentangkan. Terasa tercabarnya diri sebagai seorang Guru lebih-lebih lagi sebagai Guru Cemerlang. Memaparkan sekolah model yang dikaji oleh Majlis Pengetua Daerah Johor Bahru, terasa ingin sekali menjadikan SMK Sri Rahmat sebagai sekolah yang unggul dan dihormati. Pn Pengetua menjelaskan bahawa komitmen adalah antara faktor yang perlu ada pada setiap individu warga sekolah terutamanya guru-guru. Memang saya sangat setuju dengan kenyataan tersebut. Setiap guru mesti menjalankan peranan masing-masing supaya matlamat yang satu akan dicapai.
Secara am, didapati bahawa beberapa faktor penting yang dapat membantu penambahbaikan tersebut. Di antaranya ialah mewujudkan suasana yang kondusif dari luar bilik darjah hinggalah ke dalam bilik darjah. SMK Sri Rahmat telah pun mempunyai bahan atau sumber untuk ke arah itu. Segala perancangan yang baik perlu digerakkan segera dan yang utamanya memerlukan penglibatan semua pihak (guru, pelajar dan masyarakat).
Guru-guru juga dituntut untuk lebih kreatif dalam menjalankan tugas bagi menjana kemenjadian murid yang kreatif dan inovatif selaras dengan aspirasi pendidikan negara yang juga merupakan cabaran pendidikan masa kini. Semua guru perlu mengambil berat tentang hal ini. Segala rintangan mesti diredah bersama tidak kira dari pihak guru biasa hinggalah ke pihak pengetua. Semua mesti seiring dan tiada jurang yang menghalang. Semua pihak perlu memahami tanggungjawab masing-masing dan peluang yang sama. Setiap individu perlu ada rasa percaya dengan rakan sejawat selain memikul tanggungjawab menjalankan tugas masing-masing.
Di dalam kelas contohnya, guru-guru dituntut untuk menjadi guru yang kreatif dan inovatif terutamanya di dalam bilik darjah semasa menjalankan proses pembelajaran dan pengajaran. Perkembangan dunia pendidikan masa kini menuntut agar guru-guru menggunakan pendekatan tersebut sehingga Bahagian Pendidikan Guru (BPG) dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah memusatkan kaedah kreatif untuk dijalankan di sekolah-sekolah. Kemahiran Pedagogi yang ada dalam diri guru mesti dipertingkatkan selain konsep "lesson study" yang akan diperkenalkan sedikit masa lagi.Itulah maksud TRANSFORMASI PENDIDIKAN yang akan dilaksanakan kerajaan.
Dari sudut penglibatan pelajar/murid, sememangnya semua warga pelajar/murid sekolah ini mempunyai karismanya tersendiri. Mereka sanggup melakukan apa sahaja demi menaikkan nama sekolah. Sepertimana yang dapat kita lihat, bagaimana pelajar membuat persiapan dalam program Karnival Kerjaya dan Majlis Sambutan Hari Guru 2011, telah membuktikan bahawa pelajar-pelajar bersedia menerima perubahan demi kebaikan sekolah. WAHAI PELAJAR-PELAJAR SMK SRI RAHMAT, BANGKITLAH ANDA SEMUA MENCIPTA SEJARAH SEKOLAH KITA.... KITA SAMA-SAMA BANGUNKAN MARUAH DAN MELETAKKANNYA DI PUNCAK KEJAYAAN..........
"Ayuh! Rakan-rakan GURU dan seisi sekolah, seluruh warga SMK Sri Rahmat, bangun bersama-sama majukan sekolah kita". Jadikan SMK Sri Rahmat yang terbaik dan unggul di mata masyarakat..... JANGAN HAMPAKAN AMANAH YANG TUHAN BERI KEPADA KITA.....

SEMOGGA BERJAYA!!!!!!!!!!!!!

Sunday, May 8, 2011

Selamat Menghadapi Peperiksaan Pertengahan Tahun 2011

Assalamualaikum & selamat sejahtera....
Salam 1 Malaysia.....

Kepada semua warga pelajar sekolah, di ucapkan selamat menghadapi peperiksaan pertengahan tahun dengan jayanya....

Persiapkan diri anda bagi menghadapi peperiksaan, pastikan anda membuat persiapan fizikal, mental, jasmani dan rohani.... Semoga kejayaan akan bersama anda semua....

:-)

Wednesday, February 16, 2011

Cara Ulangkaji Yang Lebih Baik....

Salam sejahtera untuk semua yang sudi membaca.....

Saban kali bersama pelajar yang bersilih ganti, mengutarakan permasalahan yang sama dalam menguasai matapelajaran Matematik mahupun Matematik Tambahan. Matapelajaran tersebut bukanlah sesukar seperti yang dibayangkan oleh kebanyakan pelajar. Ramai pelajar menyatakan sukarnya menguasai matapelajaran tersebut kerana terlalu banyak rumus yang perlu diingat.

Tanggapan seperti itu adalah salah. Matematik bukanlah matapelajaran kategori menghafal. Ianya lebih kepada teknikal dan logik akal. Logik bukan ingat. Ia memerlukan kita agar selalu mengulangi konsep, kaedah dan hukum yang sedia ada.

Justeru itu, kaedah ulangkaji yang konsisten perlu dijalankan. Apa yang anda pelajari di kelas adalah kunci utama. Setelah selesai sesuatu proses Pembelajaran dan Pengajaran, anda perlu mengulangi proses penyelesaian masalah yang digunakan kepada masalah lain yang seakan serupa. Teknik ulangan ini membantu anda untuk memahami tujuan dan matlamat kaedah tersebut dijalankan.

Latihan yang konsisten juga perlu dibuat. Jangan anda tinggalkan satu-satu konsep atau pembelajaran yang baru dalam tempoh yang lama, sama ada 2 hari, 3 hari, seminggu apatah lagi sebulan, setahun atau lebih. Ingat, ingatan manusia adalah terhad. Ia akan hilang dalam tempoh selepas 3 hari tanpa ulangan.....

Sekian, semoga apa yang dijelaskan di sini, dapat membantu anda menjalankan ulangkaji dengan lebih berkesan......

Wassalam.......

Tuesday, February 8, 2011

Di Antara Ruang dan Peluang...

Salam Sejahtera,

Anak-anak pelajar sekalian,
waktu pembelajaran yang berjalan di sekolah yang sedang anda lalui sekarang adalah saat yang paling indah dan manis. Waktu yang sedang anda lalui ini adalah saat yang paling penting. Inilah dia ruang yang disediakan untuk anda menentukan masa depan anda sama ada baik atau tidak. Tapi yang pastinya, tiada manusia yang hendak masa depannya tidak baik.

Justeru itu, gunakanlah ruang masa yang diberi untuk anda ini. Lebih lagi, dalam ruang yang terbuka ini anda dihidangkan pula dengan peluang-peluang yang bernilai emas. Anda diberi peluang untuk mendapatkan ilmu dengan sebaiknya melalui sekolah dan teknologi sains. Kejarlah ia, jadikan ruang dan peluang yang ada ini sebagai ruang dan peluang yang paling penting dalam hidup. Semoga anda beroleh kejayaan yang cemerlang.

Isikanlah masa dengan mencari ilmu pengetahuan, kerana...
"Harta akan habis apabila dibelanjakan, tetapi ilmu yang dibelanjakan akan terus berkembang"

Wassalam....

Wednesday, February 2, 2011

Koleksi soalan untuk anda ulangkaji

Askum....
Bagi anda yang bakal menduduki SPM 2011, atau bagi pelajar yang ingin menambah koleksi soalan ulangkaji, boleh akses koleksi soalan melalui laman sesawang http://koleksisoalan.blogspot.com/.

Masa Yang Sangat Berharga.....

Askum.... Selamat Sejahtera...
Wahai anak2 didikku,
Cuti seminggu yang hadir kini bukanlah masa untuk melepaskan diri dari bebanan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang pelajar... Malah, ia adalah ruang masa keemasan yang perlu diguna dan diisi dengan mengulangkaji dan mendalami ilmu pengetahuan bagi subjek yang telah diajar mahupun yang akan diajar.... Siapkan diri bagi meneruskan perjuangan sebagai pelajar ke arah kecemerlangan diri dan sekolah....
Masa depan anda di tangan anda.... Tiada sesiapa yang akan dapat mengubahnya, kecuali diri anda sendiri....
Fikir-fikirkanlah.... semoga peringatan ini menjadi sedikit azimat untuk anda...
Semoga berjaya.....!!!!