Wednesday, February 16, 2011

Cara Ulangkaji Yang Lebih Baik....

Salam sejahtera untuk semua yang sudi membaca.....

Saban kali bersama pelajar yang bersilih ganti, mengutarakan permasalahan yang sama dalam menguasai matapelajaran Matematik mahupun Matematik Tambahan. Matapelajaran tersebut bukanlah sesukar seperti yang dibayangkan oleh kebanyakan pelajar. Ramai pelajar menyatakan sukarnya menguasai matapelajaran tersebut kerana terlalu banyak rumus yang perlu diingat.

Tanggapan seperti itu adalah salah. Matematik bukanlah matapelajaran kategori menghafal. Ianya lebih kepada teknikal dan logik akal. Logik bukan ingat. Ia memerlukan kita agar selalu mengulangi konsep, kaedah dan hukum yang sedia ada.

Justeru itu, kaedah ulangkaji yang konsisten perlu dijalankan. Apa yang anda pelajari di kelas adalah kunci utama. Setelah selesai sesuatu proses Pembelajaran dan Pengajaran, anda perlu mengulangi proses penyelesaian masalah yang digunakan kepada masalah lain yang seakan serupa. Teknik ulangan ini membantu anda untuk memahami tujuan dan matlamat kaedah tersebut dijalankan.

Latihan yang konsisten juga perlu dibuat. Jangan anda tinggalkan satu-satu konsep atau pembelajaran yang baru dalam tempoh yang lama, sama ada 2 hari, 3 hari, seminggu apatah lagi sebulan, setahun atau lebih. Ingat, ingatan manusia adalah terhad. Ia akan hilang dalam tempoh selepas 3 hari tanpa ulangan.....

Sekian, semoga apa yang dijelaskan di sini, dapat membantu anda menjalankan ulangkaji dengan lebih berkesan......

Wassalam.......

Tuesday, February 8, 2011

Di Antara Ruang dan Peluang...

Salam Sejahtera,

Anak-anak pelajar sekalian,
waktu pembelajaran yang berjalan di sekolah yang sedang anda lalui sekarang adalah saat yang paling indah dan manis. Waktu yang sedang anda lalui ini adalah saat yang paling penting. Inilah dia ruang yang disediakan untuk anda menentukan masa depan anda sama ada baik atau tidak. Tapi yang pastinya, tiada manusia yang hendak masa depannya tidak baik.

Justeru itu, gunakanlah ruang masa yang diberi untuk anda ini. Lebih lagi, dalam ruang yang terbuka ini anda dihidangkan pula dengan peluang-peluang yang bernilai emas. Anda diberi peluang untuk mendapatkan ilmu dengan sebaiknya melalui sekolah dan teknologi sains. Kejarlah ia, jadikan ruang dan peluang yang ada ini sebagai ruang dan peluang yang paling penting dalam hidup. Semoga anda beroleh kejayaan yang cemerlang.

Isikanlah masa dengan mencari ilmu pengetahuan, kerana...
"Harta akan habis apabila dibelanjakan, tetapi ilmu yang dibelanjakan akan terus berkembang"

Wassalam....

Wednesday, February 2, 2011

Koleksi soalan untuk anda ulangkaji

Askum....
Bagi anda yang bakal menduduki SPM 2011, atau bagi pelajar yang ingin menambah koleksi soalan ulangkaji, boleh akses koleksi soalan melalui laman sesawang http://koleksisoalan.blogspot.com/.

Masa Yang Sangat Berharga.....

Askum.... Selamat Sejahtera...
Wahai anak2 didikku,
Cuti seminggu yang hadir kini bukanlah masa untuk melepaskan diri dari bebanan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang pelajar... Malah, ia adalah ruang masa keemasan yang perlu diguna dan diisi dengan mengulangkaji dan mendalami ilmu pengetahuan bagi subjek yang telah diajar mahupun yang akan diajar.... Siapkan diri bagi meneruskan perjuangan sebagai pelajar ke arah kecemerlangan diri dan sekolah....
Masa depan anda di tangan anda.... Tiada sesiapa yang akan dapat mengubahnya, kecuali diri anda sendiri....
Fikir-fikirkanlah.... semoga peringatan ini menjadi sedikit azimat untuk anda...
Semoga berjaya.....!!!!