Friday, December 21, 2012

Selamat Tahun Baru & Memula Sesi Baru 2013

Salam untuk semua pembaca blog ini...

Masa berlalu dengan pantas, kita akan memasuki tahun 2013 yang pasti akan memberi banyak cabaran yang akan kita lalui... Sesi persekolahan juga akan bermula pada 2 jan 2013... segala persiapan pasti telah di buat dengan perancangan yang teliti. Yang pastinya bagi saya cabaran untuk mendidik pelajar bagi menghasilkan pelajar yang cemerlang dan membanggakan...

Fokus utama tentulah untuk mencapai target kelulusan dan bilangan pelajar cemerlang yang lebih baik dari sebelum ini. Bagi anda, sekiranya anda pelajar, pastikan anda telah siap siaga untuk mengharungi tahun 2013 dengan jayanya, terutamanya jika anda adalah bakal calon peperiksaan SPM atau PMR. Bagi rakan-rakan guru, sama-samalah kita menggembeling tenaga membantu anak bangsa membina masa depan mereka dengan cemerlang dan gemilang...

Salam tahun baru dan selamat memulakan sesi baru 2013!!!!

Sunday, September 2, 2012

Salam Syawal, & Selamat Menghadapi Peperiksaan Percubaan SPM

Kepada pembaca sekalian,
Salam Aidilfitri, mohon jutaan kemaafan lahir dan batin. Semoga Syawal pada tahun ini memberi sejuta keberkatan dan sentiasa di limpah Rahmat Allah s.w.t.
Kepada calon-calon SPM 2012, selamat menduduki peperiksaan percubaan. Semoga dapat menjawab soalan dengan baik dan sempurna seterusnya menghasilkan keputusan yang cemerlang. InsyaAllah.

Monday, July 23, 2012

Salam Ramadhan....

Kepada semua pembaca blog yang beragama Islam, Selamat menjalani ibadah puasa.... Semoga sabar dalam menjalani ibadah ini. Semoga Allah memberikan kekuatan jiwa dan mengurniakan pengampunan kepada kita semua dalam mencari keberkatan Ramadhan dan keistimewaan Lailatul Qadar.

Dalam kita menjalani ibadah puasa, bagi anda yang masih bersekolah, tentunya anda punyai lebih masa kerana pulang awal - sesi persekolahan tamat lebih awal dari biasa.Maka dengan itu, gunakan masa dengan sebaiknya. Selain mencari keberkatan bulan ini dengan amalan-amalan yang dituntut, gunakan juga masa ini dengan membuat ulangkaji dan menelaah pelajaran.Kerana menuntut ilmu juga satu tuntutan dalam kehidupan seorang Islam. Ia juga dianggap ibadah.... Ambil kesempatan ini untuk membina persiapan manghadapi peperiksaan percubaan SPM atau PMR.

Selamat Berpuasa & Semoga Berjaya dalam peperiksaan akan datang!!!!...............

Wednesday, June 27, 2012

Dapatkan Bahan Belajar AddMath

Sila dapatkan panduan menggunakan kalkulator Casio Fx 570-s dalam pautan yang ada dalam blog ini melalui post yang lalu. Juga dapatkan bahan lain untuk ulangkaji melalui pautan blog yang ada...
Selamat Belajar!!!

Pautan:
Bahan Tambahan:
http://matematiktambahanskeliwon.blogspot.com/

Kaedah menggunakan kalkulator: 
http://www.4shared.com/office/yp8_D3GG/CASIO_SCIENTIFIC_CALCULATOR_fx.html

Monday, June 25, 2012

Contoh penyelesaian pembuktian Identiti Trigonometri
Langkah2: 1. Definisi 2. Susun semula 3. Faktor jika perlu 4. Identiti
jalankan 4 langkah tersebut, anda akan jumpa penyelesaiannya.

Wednesday, June 20, 2012

Wednesday, April 25, 2012

Rujukan Internet untuk Kerja Projek Add Math 2012 soalan 1

Anda boleh dapatkan maklumat di www.ehow.com/

Sebahagian petikan dari web tersebut
"How to Find Your Pulse
  • You can find your radial pulse by touching your wrist, with the palm up, on your thumb side. The same artery extends to the inside of your elbow on the pinkie side of your supinated hand above the elbow. This pulse is called the brachial pulse and is always the sight of blood pressure readings. When a doctor takes his stethoscope and puts the diaphragm over your heart, she is listening to your apical pulse.

Current Healthy Pulse Standards

  • For adults, the current standard for a normal pulse is 60 to 100 beats per minute. Your pulse rate will be faster when you exercise, are under stress or have a fever. When you're resting, your pulse rate will be slower.
    Babies have a pulse range of 120 to 160 beats per minute.
    Toddlers' pulse rates drop to 90 to 140 beats per minute.
    Preschoolers and kindergartners drop even more, 80 to 110 beats per minute.
    Elementary and middle school children have pulses that range from 75 to 100 beats per minute.
    Teenagers' pulses equalize with the adult range of pulse.
    Women have a pulse rate five to 10 beats higher than men.

Read more: Normal Human Pulse Rate | eHow.com http://www.ehow.com/about_5445361_normal-human-pulse-rate.html#ixzz1t7g2anFf    "

The maximum pulse rate :
The most accepted formula is 220 - age. It's just not accurate. There is a lot of variation in the population.

The real maximum pulse rate :
1. Count the pulses you feel for 10 seconds.
2. Multiply the number of pulses by six to get your target heart rate.
3. Compare your target heart rate with your predicted maximum pulse rate. Your target heart rate should be 60 to 80 percent of your predicted maximum pulse rate to ensure you are exercising in a healthy and safe manner. If your heart rate is higher than 60 to 80 percent of your maximum pulse rate, lower the intensity of your workout. If your heart rate is lower than 60 to 80 percent of your maximum pulse rate, consider increasing the intensity of your workout, unless you have a medical condition.

Kerja Projek Matematik Tambahan

Berikut contoh idea dr saya....

Isi Kandungan :
Sila rujuk mana-mana buku teks atau buku ilmiah lain dari aspek susun atur isi kandungan

Pengenalan:
Sampaikan fokus kajian iaitu Denyutan Nadi( sila rujuk internet - Pulse Rate) dengan matlamat kajian melalui kaedah statistik dari sukatan Matematik Tambahan. Nyatakan juga hasil kajian yang mungkin diperolehi dengan hujah yang sesuai.

Isi:
1. Jadual maklumat Impulse Rate (dapatkan dari buku SEGAK - PJ sekolah masing-masing)
a) kirakan mean, mode dan median dengan kaedah terus- ungrouped data
     bandingkan dengan ayat pernyataan hasil yang diperolehi dengan kadar denyutan nadi piawai. ( biasanya    
     60   - 100 denyutan seminit.)
b) kira sekali lagi untuk nadi selepas menjalani aktiviti. Buat kesimpulan dari bandingan dengan a)

c) bina jadual kekerapan dengan 7 hingga 8 kelas sahaja.
    i) bina 3 graf dari data terkumpul seperti frequency polygon, histogram, ogive dan bar chart.
   ii) cari mean , mode dan median melalui kaaedah yang pelbagai seperti rumus (ada 2 jenis rumus),   
        microsoft Excel, graf dan sebagainya.
 d) buat perbandingan dengan ayat matematik yang jelas dari maklumat a) dan b) diatas.