Wednesday, February 16, 2011

Cara Ulangkaji Yang Lebih Baik....

Salam sejahtera untuk semua yang sudi membaca.....

Saban kali bersama pelajar yang bersilih ganti, mengutarakan permasalahan yang sama dalam menguasai matapelajaran Matematik mahupun Matematik Tambahan. Matapelajaran tersebut bukanlah sesukar seperti yang dibayangkan oleh kebanyakan pelajar. Ramai pelajar menyatakan sukarnya menguasai matapelajaran tersebut kerana terlalu banyak rumus yang perlu diingat.

Tanggapan seperti itu adalah salah. Matematik bukanlah matapelajaran kategori menghafal. Ianya lebih kepada teknikal dan logik akal. Logik bukan ingat. Ia memerlukan kita agar selalu mengulangi konsep, kaedah dan hukum yang sedia ada.

Justeru itu, kaedah ulangkaji yang konsisten perlu dijalankan. Apa yang anda pelajari di kelas adalah kunci utama. Setelah selesai sesuatu proses Pembelajaran dan Pengajaran, anda perlu mengulangi proses penyelesaian masalah yang digunakan kepada masalah lain yang seakan serupa. Teknik ulangan ini membantu anda untuk memahami tujuan dan matlamat kaedah tersebut dijalankan.

Latihan yang konsisten juga perlu dibuat. Jangan anda tinggalkan satu-satu konsep atau pembelajaran yang baru dalam tempoh yang lama, sama ada 2 hari, 3 hari, seminggu apatah lagi sebulan, setahun atau lebih. Ingat, ingatan manusia adalah terhad. Ia akan hilang dalam tempoh selepas 3 hari tanpa ulangan.....

Sekian, semoga apa yang dijelaskan di sini, dapat membantu anda menjalankan ulangkaji dengan lebih berkesan......

Wassalam.......

No comments:

Post a Comment