Wednesday, May 25, 2011

Instruksional & Transformasi Pendidikan di Sekolah

Assalamualaikum w.b.t & Salam 1 Malaysia

Saya menghadiri sesi LDP yang membincangkan fungsi Instruksional dan keberkesanannya dalam Budaya Kerja di sekolah.
Sesungguhnya saya teruja dengan apa yang dibentangkan. Terasa tercabarnya diri sebagai seorang Guru lebih-lebih lagi sebagai Guru Cemerlang. Memaparkan sekolah model yang dikaji oleh Majlis Pengetua Daerah Johor Bahru, terasa ingin sekali menjadikan SMK Sri Rahmat sebagai sekolah yang unggul dan dihormati. Pn Pengetua menjelaskan bahawa komitmen adalah antara faktor yang perlu ada pada setiap individu warga sekolah terutamanya guru-guru. Memang saya sangat setuju dengan kenyataan tersebut. Setiap guru mesti menjalankan peranan masing-masing supaya matlamat yang satu akan dicapai.
Secara am, didapati bahawa beberapa faktor penting yang dapat membantu penambahbaikan tersebut. Di antaranya ialah mewujudkan suasana yang kondusif dari luar bilik darjah hinggalah ke dalam bilik darjah. SMK Sri Rahmat telah pun mempunyai bahan atau sumber untuk ke arah itu. Segala perancangan yang baik perlu digerakkan segera dan yang utamanya memerlukan penglibatan semua pihak (guru, pelajar dan masyarakat).
Guru-guru juga dituntut untuk lebih kreatif dalam menjalankan tugas bagi menjana kemenjadian murid yang kreatif dan inovatif selaras dengan aspirasi pendidikan negara yang juga merupakan cabaran pendidikan masa kini. Semua guru perlu mengambil berat tentang hal ini. Segala rintangan mesti diredah bersama tidak kira dari pihak guru biasa hinggalah ke pihak pengetua. Semua mesti seiring dan tiada jurang yang menghalang. Semua pihak perlu memahami tanggungjawab masing-masing dan peluang yang sama. Setiap individu perlu ada rasa percaya dengan rakan sejawat selain memikul tanggungjawab menjalankan tugas masing-masing.
Di dalam kelas contohnya, guru-guru dituntut untuk menjadi guru yang kreatif dan inovatif terutamanya di dalam bilik darjah semasa menjalankan proses pembelajaran dan pengajaran. Perkembangan dunia pendidikan masa kini menuntut agar guru-guru menggunakan pendekatan tersebut sehingga Bahagian Pendidikan Guru (BPG) dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah memusatkan kaedah kreatif untuk dijalankan di sekolah-sekolah. Kemahiran Pedagogi yang ada dalam diri guru mesti dipertingkatkan selain konsep "lesson study" yang akan diperkenalkan sedikit masa lagi.Itulah maksud TRANSFORMASI PENDIDIKAN yang akan dilaksanakan kerajaan.
Dari sudut penglibatan pelajar/murid, sememangnya semua warga pelajar/murid sekolah ini mempunyai karismanya tersendiri. Mereka sanggup melakukan apa sahaja demi menaikkan nama sekolah. Sepertimana yang dapat kita lihat, bagaimana pelajar membuat persiapan dalam program Karnival Kerjaya dan Majlis Sambutan Hari Guru 2011, telah membuktikan bahawa pelajar-pelajar bersedia menerima perubahan demi kebaikan sekolah. WAHAI PELAJAR-PELAJAR SMK SRI RAHMAT, BANGKITLAH ANDA SEMUA MENCIPTA SEJARAH SEKOLAH KITA.... KITA SAMA-SAMA BANGUNKAN MARUAH DAN MELETAKKANNYA DI PUNCAK KEJAYAAN..........
"Ayuh! Rakan-rakan GURU dan seisi sekolah, seluruh warga SMK Sri Rahmat, bangun bersama-sama majukan sekolah kita". Jadikan SMK Sri Rahmat yang terbaik dan unggul di mata masyarakat..... JANGAN HAMPAKAN AMANAH YANG TUHAN BERI KEPADA KITA.....

SEMOGGA BERJAYA!!!!!!!!!!!!!

No comments:

Post a Comment