Friday, December 21, 2012

Selamat Tahun Baru & Memula Sesi Baru 2013

Salam untuk semua pembaca blog ini...

Masa berlalu dengan pantas, kita akan memasuki tahun 2013 yang pasti akan memberi banyak cabaran yang akan kita lalui... Sesi persekolahan juga akan bermula pada 2 jan 2013... segala persiapan pasti telah di buat dengan perancangan yang teliti. Yang pastinya bagi saya cabaran untuk mendidik pelajar bagi menghasilkan pelajar yang cemerlang dan membanggakan...

Fokus utama tentulah untuk mencapai target kelulusan dan bilangan pelajar cemerlang yang lebih baik dari sebelum ini. Bagi anda, sekiranya anda pelajar, pastikan anda telah siap siaga untuk mengharungi tahun 2013 dengan jayanya, terutamanya jika anda adalah bakal calon peperiksaan SPM atau PMR. Bagi rakan-rakan guru, sama-samalah kita menggembeling tenaga membantu anak bangsa membina masa depan mereka dengan cemerlang dan gemilang...

Salam tahun baru dan selamat memulakan sesi baru 2013!!!!

Sunday, September 2, 2012

Salam Syawal, & Selamat Menghadapi Peperiksaan Percubaan SPM

Kepada pembaca sekalian,
Salam Aidilfitri, mohon jutaan kemaafan lahir dan batin. Semoga Syawal pada tahun ini memberi sejuta keberkatan dan sentiasa di limpah Rahmat Allah s.w.t.
Kepada calon-calon SPM 2012, selamat menduduki peperiksaan percubaan. Semoga dapat menjawab soalan dengan baik dan sempurna seterusnya menghasilkan keputusan yang cemerlang. InsyaAllah.