Wednesday, September 18, 2013

Ukur Baju Di Badan Sendiri.... Khas buat guru-guru (rakan-rakan yang mengenali)

Assalamualaikum...
Salam diskusi dari saya. Dikesempatan ini ingin saya utarakan akan amanah yang kita pikul sebagai seorang guru. Sejauh manakah kita dapat menjalankan amanah kita sebagai seorang guru? Adakah sekadar menyampai ilmu yang kita tahu? Tanpa kita melihat kembali akan kebenaran ilmu yang kita sampaikan?

     Sesekali terlintas di benak fikiran, adakah "aku sbg seorang guru dapat mengajar anak-anak didikku menjadi seorang yang berilmu? yang benar-benar berilmu? " Semoga guru-guru yang saya kenal tidak sekadar "Melepas Batok di Tangga".

    Dari skop Matematik yang saya ikuti, sudah terlalu banyak "kegagalan" menyampai ilmu dari seorang guru. Contohnya; 2x + 3 = 5, menjadi 2x = 5 - 3. Kebanyakan jawapan yang diterima ialah: " + bila digerakkan ke sebelah sana akan jadi -" Begitulah bagi kebanyakan hujah yang digunapakai untuk menyampaikan konsep linear dalam algebra. Tahukah guru-guru sekalian, bahawa hujah itu salah! lagi menyesatkan.... Jika ini yang disampaikan oleh kita sejak sekian lama, sedarkah kita yang anak didik kita akan membawa ilmu yang salah ini sampai bila-bila? Maka, bagaimana dengan amanah yang kita pikul? Tepuk dada, tanya hati masing-masing....

Tuesday, March 5, 2013

Muhasabah... Cemerlangkah aku?

"Cemerlangkah Aku?"

Pernahkah anda fikirkan persoalan tersebut? cuba anda tanya diri anda...Mungkin akan membantu anda untuk berusaha ke arah lebih baik. Sentiasa memotivasikan diri dengan cara bermuhasabah....