Thursday, June 2, 2011

Pendekatan Baru sebagai Alat Transformasi

Assalamualaikum w.b.t. & Salam 1 Malaysia,

Para pembaca yang disanjungi,

Perkataan "Transformasi" sering kali kita dengar dalam agenda pelbagai pihak mutakhir ini. Kita sebagai rakyat dan ahli masyarakat sama-sama menerima tempias dari slogan tersebut. Dari sudut pandangan Profesion "guru", ianya harus kita pandang dari sudut positifnya.

Kepada para guru,
anak-anak pelajar masa kini sudah tidak lagi sama seperti anak pelajar semasa era 70-an, 80-an atau 90-an. Mereka kini lebih terdedah dengan perkembangan masa kini yang jauh lebih mencabar yang akhirnya memberi impak kepada masa depan mereka. Guru tidak dapat lari dalam proses menyediakan pelajar yang cukup bersedia ke arah itu, lantas menuntut agar semua guru membuat perubahan yang selari dengan kehendak tersebut tetapi tidak lari dari membentuk sahsiah dan jati diri pelajar-pelajar.

Wahai sekalian rakan yang bergelar GURU,
di sini saya cadangkan satu pendekatan yang sedikit berbeza bagi melaksanakan tugas harian kita sebagai guru. Pembelajaran dan pengajaran berbentuk "tulis dan cakap" sudah tidak 100% sesuai. Ia perlu digabungjalin dengan pendekatan-pendekatan yang baru. Oleh yang demikian, mungkin kaedah berbentuk kuliah dan tutorial dapat diadaptasi sebagai satu pendekatan yang baru. Dalam pendekatan yang dicadangkan, pelajar lebih memainkan peranan disamping guru-guru menjadi fasilitator yang boleh membantu pelajar memahami konsep atau idea yang disampaikan. Ini yang dikatakan bentuk P&P yang terarah. Guru dan pelajar itu sendiri dapat mengetahui aras konsep dan idea yang disampaikan yeng kemudiannya dibincangkan.
Konsep yang digunakan ialah berbentuk "Student Centred" dan "Inkuiri Penemuan".

Ambillah sedikit masa untuk berbincang sesama rakan guru yang sama aliran untuk mendapatkan satu bentuk P&P yang sesuai digunakan dalam sesi yang akan dijalankan. Semoga hasilnya akan lebih bermakna buat mereka(pelajar) dan buat kita(guru-guru). Usahalah dengan ikhlas dan bersuungguh-sungguh. Semoga Tuhan memberikan ganjaran kepada hamba-hambaNya yang ikhlas.....

Sekian, wassalam.....

Sedikit cetusan rasa dan idea....